Selamat Datang

Suatu permulaan. Baru nak blajar wat blog beb.. Semua orang boleh berkarya. Kenapa tidak aku mencuba? Anda semua pun boleh mencuba. Apa baza berkarya dengan berkhyal? bagi aku berkhayal hanya berimiginasi sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Semua orang berkhayal nak jadi mcm tu la,nak jd mcm ni la. Tu hak masing2.. Dan aku, aku cuba untuk berkarya dengan menulis blog ni. Kenapa tidak aku catatkan apa yang aku rasa, kita boleh kongsi apa yang kita inginkan,kita rasakan. Bagi aku,aku boleh kurangkan beban di benak fikiranku ini dengan melepaskan geram di blog ini. apa yang baik kita ambil dan apa yang kekurangan kita jadikan pengajaran. Sekian..

Tuesday, July 22, 2008

Tentang Aku


Siapa aku? aku adalah aku..maknanya aku bukan orang lain dan orang lain bukan aku. Aku dilahirkan pada 16 Oktober pada tahun 1986. Bermulalah kisah hidupku sebagai seorang manusia. Aku dididik,dibelai, diberikan kasih sayang yang secukupnya oleh ma dan abah aku. Kehidupan aku sederhana.Abah aku pada waktu itu bekerja sebagai pegawai penguatkuasa agama. Dan ma aku adalah surirumah sepenuh masa. Walaupun abah ku nampak macam sedikit garang, beliau amat menitik beratkan hal-hal anak nya. Aku adalah anak kedua dari empat beradik. Aku mempunyai seorang abang, seorang adik perempuan, dan seorang adik lelaki. Sehingga umurku 4 tahun (kalau x salah aku la) aku diwajibkan mengaji Al-quran. Tuan guru aku adalah abah aku sendiri. Waktu tu lah yang aku paling takut. hehe.. rotan ditepi abah aku. Selepas maghrib kami adik beradik mesti mengaji. Walaupun aku di lahirkan d Jertih,Besut, tapi aku dibesarkan di Kuala Terengganu (kini bandaraya hehe..) Pendidikan awal aku bermula di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal. Dekat airport tu.. Pastu lepas keluarga aku berpindah, aku ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Sehinggalah aku darjah 6. Lepas tu aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang. Lepas PMR aku bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Sebabnya aku xleh follow la arab.. hehe.. Lepas tu aku amik Diploma kat Terengganu Advanced Technical Institute (TATI). Sekarang dah tukar jadi TATiUC. Tulah org cakap, menuntut ilmu hingga ke negeri China. Tapi takkan lah aku nak pergi ke negeri China. Malaysia dah cukup aman makmur. hehe.. Aku sekarang tengah tunggu TATiUC melamar aku. Kalau diizinkan nak sambung lagi belajar.

No comments:

Yang patah akan tumbuh lagi, yang hilang akan berganti?